Thursday, 12 June 2014

Solat itu Tiang Agama

Assalamualaikum...

Sidang pembaca yang dihormati, pada kali ini, da'ie ingin berkongsi menenai solat. Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Allah telah mewajibkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Kewajiban tersebut harus dijalnkan pada waktu yang tela ditetapkan olehNya.

Namun, seggelintir daripada umat Islam kini kurang menitikberatkan mengenai Solat Fardhu. Mereka tidak menganggapkan bahawa Solat Fardhu merupakan perkara yang penting. Sedangkan pelbagai faedah yang akan kita perolehi dengan menunaikan solat. Oleh itu, da'ie ingin berkongsi kepada sahabat sekalian mengenai kelebihan Solat dari sudut Sains. Antaranya :

✔ Terapi solat mendapati keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan  paling rendah dan baik untuk golongan pesakit jantung.

✔ Solat sunat sebanyak 3x seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit dapat merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk.

✔ Pesakit yang mengikut terapi solat selama sebulan iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah sakit pinggangnya berkurangan.

✔ Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13hz) menunjukkan keadaan tenang iaitu semasa sujud.

✔
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Sekian sahaja coretan saya buat kali ini. Semoga para pembaca dapat mengutip manfaat daripada nukilan saya ini. Semoga berjumpa di lain waktu. Jangan lupa, tingkatkan amalan kita di Bulan Syaaban sebagai persediaan untuk bertemu Ramadhan alMubarak... Wassalam..

Sumber : Solat kebaikan dari perspektif sains oleh Professor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

No comments:

Post a Comment